Translate

Untuk setiap penutup, akan ada permulaan baru (disclaimer).


Saya sangat gembira apabila buat pertama kalinya terjumpa ramai saudari dan saudara Melayu yang berani untuk meluahkan buah fikiran dan pengalaman mereka sebagai seorang ateis. Saya sungguh teruja dan terdetik untuk melakukan apa yang mereka berani buat, walaupun tidak sampai ke tahap menunjukkan identiti saya atas sebab keselamatan peribadi dan juga dengan harapan untuk tidak dipulaukan oleh keluarga serta rakan-rakan yang tersayang.

Atas sebab inilah saya perlu menulis, kerana terlampau banyak halangan dan cabaran yang selalu ditempuh sendirian. Saya tidak mahu lagi adanya seorang insan Melayu ateis diluar sana berasa terpencil atau seorang diri, seperti apa yang pernah saya rasai sebelum ini.

Saya hulurkan salam persahabatan dan keamanan. Tujuan saya disini bukan untuk bermusuhan dengan orang Islam kerana saya tidak bencikan muslim yang penyabar, understanding, jujur dan juga yang bersifat ingin tahu. Perbincangan adalah amat dialu-alukan, selagi ia masih bertona positif.

Terlampau banyak reaksi negatif apabila topik ateism diajukan tetapi saya mahu terangkan disini secara jelas yang:

1) Saya bukannya ingin menarik anda untuk menjadi seorang ateis seperti saya sekiranya anda seorang muslim atau beragama lain. Ibu-bapa, keluarga dan sahabat-sahabat saya hampir kebanyakannya beragama Islam, tidak pula saya ada cubaan untuk menjadikan mereka sebagai seorang ateis. Jadi jika anda menulis dengan tujuan utama berdakwah, "menarik saya ke jalan benar", mengutuk ketidakpecayaan saya, anda dipersilakan untuk meninggalkan blog ini. Ulasan-ulasan anda juga akan dipadam untuk tidak memalukan kaum agama anda sendiri.

2) Mungkin banyak penulisan saya yang akan datang berbaur dengan bunyi hampa atau marah. Cuba anda bayangkan apabila sebuah cinta yang dipaksa sejak lahir, dibesarkan dengan kepercayaan yang anda sangat disayangi, tetapi bila membesar, nampak sendiri bukti kekejaman hasil dari "kasih sayang" itu, tidakkah anda berasa hampa dan marah juga? Untuk memudahkan cerita, bayangkan anda baru berpisah dengan cinta pertama anda yang seorang kaki pukul. Pastinya, anda bukan saja marah pada si kaki pukul tersebut, anda akan marah pada diri sendiri, kenapa anda tidak nampak rupa sebenar cinta lama anda. Anda akan menceritakan pengalaman buruk cinta lama anda kepada rakan-rakan anda, dengan harapan mereka memahami dan tidak akan terjebak dalam percintaan sekejam itu. Tapi pastinya, suatu hari nanti, perasaan hampa dan marah itu akan hilang, ketenangan akan tiba dan cinta baru bakal bermula.

3) "Oh, kami tak boleh marah pasal ketidakpercayaan kamu, tapi kamu boleh mengutuk tuhan kami dalam blog ini. Itu sudah tidak adil!" - mungkin anda akan terfikir sebegini. Anda hadir untuk membaca blog saya sebagai tetamu. Jika kamu tidak suka membaca penulisan saya dan membuat kurang ajar di "rumah" saya, anda dipersilakan untuk pulang dan sila melepaskan marah di "rumah" anda sendiri. Tulislah blog untuk mengutuk ateis-ateis di blog anda sendiri. Di rumah tuannya sendiri, tak kisahlah kalau tuannya mahu marah, melepaskan geram dan sebagainya.

Sekian, salam perkenalan :)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Satu lagi blog boleh follow~! Teruskan menulis~! Salam perkenalan juga dari aku Rassifi, gambar2 anjing tu kau punya ke Ana? Comel gile

Ana N. Thous berkata...

Terima kasih kerana sudi follow blog yang baru ini. Gambar anjing-anjing tu bukan saya punya tapi sekadar aplikasi blog percuma yang boleh digunakan sebagai stress-reliever tetamu blog ini dan juga untuk saya. Tambah lagi di Malaysia terkenal dengan sesetengah pihak yang menganggap anjing sebagai satu kejijikan walaupun tuhan mereka telah menciptakannya cukup pintar dan setia. Apalah salah haiwan-haiwan yang comel itu.

Glad you enjoy the blog, Rassifi :)

Kembali ke Atas