Translate

Malaysia dan Makanan

Siapalah yang tidak tahu yang seseorang yang mengaku dirinya anak Malaysia, dia itu pasti berbangga dengan kelebihan makanan yang boleh didapati di negara ini. Sampaikan terdapat pertelingkahan pula dengan negara-negara jiran tentang asal-usul makanan yang tertentu. Namun begitu, kita harus ingat yang kita saling pengaruh-mempengaruhi, tambah pula dengan migrasi yang berlaku zaman-berzaman dan apatah lagi bila kita semua bersaudara dan serumpun.

Dalam entri saya sebelum ini, saya ada mengatakan yang saya makan makanan tidak ditanggung halal bersama adik saya sewaktu merantau di negara luar yang sangat sukar untuk mendapat makanan halal. Ini mengingatkan saya tentang pengalaman ramai teman-teman Cina saya yang sering mengadu kepada saya yang kenapa teman-teman Melayu tidak mahu bertandang ke rumah mereka walaupun makanan yang disediakan di rumah mereka sudah dimasak menggunakan bahan-bahan halal. Bukannya susah untuk mereka membeli barangan yang ada tanda halal oleh JAKIM atau dari makcik pakcik Melayu di pasar pagi.

Tetapi alasan yang sering diberikan adalah kerana pinggan, mangkuk, kuali dan sebagainya digunakan sama untuk memasak dan menghidangkan daging babi sebelum itu. Ada-ada saja alasan untuk bersifat tidak menghormati orang atau budaya lain walaupun mereka sudah bersusah-payah membeli makanan halal untuk tetamu-tetamu muslim mereka. Stigma was-was ini yang kebanyakannya menguatkan sikap rasisma di kalangan orang Melayu di Malaysia.

Kalau terlampau was-was, tak perlulah melancong atau belajar ke negara luar seperti China (bukankah nabi ada mengatakan muslim perlu belajar sampai negara China?), Eropah, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun dan sebagainya. Melancong sajalah di negara Arab yang kebanyakan mereka memandang rendah pada bangsa asing kerana mereka keturunan bangsa nabi-nabi dan orang Malayu adalah bangsa-bangsa hamba berkulit coklat dan pekerja "kelas bawahan" di negara mereka.

Saya pernah membuat kerja sukarelawan yang kebanyakan kanak-kanak di dalam program itu berbangsa Melayu. Kami ingin menyediakan makanan vegetarian yang dimasak oleh jiran tetangga komuniti tersebut yang berbangsa India. Namun pada awalnya, saudari jiran India itu sendiri yang risau jika anak-anak berbangsa Melayu di situ tidak mahu makan makanan yang dibuatnya. Ini membuatkan kami lebih mahu menekankan betapa pentingnya untuk makan bersama-sama dan merasai masakan jiran tetangga yang berbeza bangsa. Lebih-lebih lagi apabila makanan itu lebih suci murni dari makanan halal kerana tidak ada unsur "kekejaman" (penyembelihan haiwan) dan bagus untuk kesihatan. Slogan sahaja gah Satu Malaysia tetapi jiwa bangsa berpecah-belah hanya kerana agama yang berbeza.


Kejadian yang hampir sama juga berlaku sewaktu saya ke Sarawak untuk mengunjungi satu kampung tradisional di situ. Mereka sungguh tidak percaya yang saya seorang Melayu Semenanjung kerana mereka menganggap yang kebanyakkan orang Melayu tidak akan menjamah makanan tradisi suku kaum mereka, apatah lagi minum minuman tradisi "tuak" bersama-sama mereka. Saya cuma dapat ketawa kecil dan mengatakan yang mereka belum jumpa ramai teman-teman Melayu saya lagi yang pasti boleh minum lebih baik dari saya. 

Agama apakah yang mengajar penganutnya untuk sebenarnya benci-membenci antara satu sama lain tetapi di depan-depan berpura-pura, senyum manis dan katakan agamanya adalah agama kedamaian dan hormat-menghormati? Tapi bukan main lagi menyuruh orang beragama dan bangsa lain untuk menghormati mereka. Maaf, things doesn't work that way. Kena hormat orang lain dulu sebelum mahu dihormati orang lain. Setakat ini, di Malaysia, agama Islam terkenal dengan sikap tidak toleransi. Tak tahu bagaimana di negara lain pula...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah mendengar cerita kakak saudara saya bercerita mengenai pengalaman beliau hidup serumah dengan kawan non-muslim. Pernah satu hari housemate dia tu masak khinzir guna kuali kat dapur. Habis mengamuk kakak saudara saya tu sampai dia humban kuali tu depan2 housemate dia dengan penuh kemarahan. Housemate dia tu pula kesian tak tahu pasal share kuali yang sudah pernah masak khinzir pun tak boleh -_- Nonsense. Nak samak2 najis mughallazah pun kena pakai air tanah dengan air. Leceh. Macam tu better pakai sabun je. Lagi bersih dan terbukti secara saintifik membunuh kuman. Ni pakai tanah. Macam tanah tu bersih sangat. Rasanya tak ada manusia guna tanah untuk agen pembersihan. Tengok tanah tu lagilah sesuatu yang kotor penuh bakteria dan macam2 species microorganism yang menjijikkan :\ . Sedih sebab kebodohan agama menjadikan manusia bertambah bodoh dan membawa pula perpecahan silaturrahim sesama manusia. Ikutkan khinzir sama je dengan daging2 lain, in fact lagi kurang risk dia berbanding dengan makan daging lembu. Semua tu depends on cara masak dan proper handling juga. Masak pada suhu dan masa yang mencukupi supaya kuman2 kat daging tu semua boleh mati. LOL

Awaken Malay berkata...

Inilah benih2 perpecahan dan kebencian yang ditanam oleh agama. Ia membuatkan ada jurang yang luas antara muslim dan non-muslim.

Agama yg berdiri dgn keegoan ini hanya merosakkan perspektif manusia terhadap ajaran mereka sendiri.

Moga semakin masa berlalu, muslim akan lebih memahami perkara ini dan menjadi lebih bertoleransi. hmm..

Tanpa Nama berkata...

Org pelawa kau makan ular, ko nak makan ke? bg sesetengah masyarakat i2 makanan diorg. Kalau aku, ak respek dgn xkomen apa2 diorg mkn ular, tp xkan ak nak hormat dgn join sekali makan ular

Ana N. Thous berkata...

Kesian pada housemate non-muslim kakak saudara itu. Mesti dia traumatised dengan perangai amok orang Islam Melayu ni, bahkan bukannya kakak saudara tu nak explain elok-elok ke apa. Buat orang lagi benci Islam/orang melayu je. Biarlah dia dengan kebodohannya tentang babi ciptaan Allah yang enak dan lazat. Biarlah dia dengan kebodohannya yang membuatkan non-muslim lagi membenci Islam sebab perlakuan mereka sendiri.

Haha, bab tanah tu memang nak gelak. Nampak sangat teknologi mencuci zaman kuno Islam padang pasir sebab time tu tak wujud sabun mencuci lagi kot. Kalau dah wujud, mesti dia kata "gunakanlah sabun yang ada tanda halal", macam sekarang ni, yang sampai ubat gigi pun kena halal. Mampos tak baik terus masalah gusi saya sebab tak ada formula yang terbaik. Yelah kot, Allah boleh pulihkan segala penyakit kalau berdoa, kan? :P

Ana N. Thous berkata...

Betul tu, Awaken Malay. Sampaikan saya juga berharap mereka lebih membuka mata apabila perpecahan dan percanggahan idea berlaku antara penganut agama Islam itu sendiri.

Hanya dapat tunggu dan lihat sajalah :) Yang penting lebih banyak saluran perkongsian pendapat seperti blog2 dan media sosial untuk melenturkan pemikiran yang beku & tepu.

Ana N. Thous berkata...

Kalau dipelawa makan X, atas pilihan masing-masing mahu makan atau tidak. Tapi takkanlah sampai menidakkan pergi menziarah kawan-kawan bukan Islam semata-mata kerana makanan atau pinggan mangkuknya. Cakap je lah "saya tak boleh makan itu sebab agama, allergic, alasan politikal/ ethical" dll.

Kongsi idea, bukan paksa kata "itu haram, ini haram" atau tidak pergi menziarah orang bangsa dan agama lain. Benda sebegini menciptakan jurang dan ketidak-sefahaman antara satu sama lain.

Tak perlu bagi contoh ular, pasangan saya tak boleh makan kacang sebab allergy. Jadi bila mak saya masak nasi lemak, dia cuma letak je lah kacang tu ketepi dan kata dia allergy supaya tidak dilihat seperti tak menghormati mak saya. Samalah kalau pasal ular tu. Ada pilihan, kalau dia bagi ular, mesti ada side dish nasi ke, ulam ke, tak pun minum air kosong je la dan senyum, kata "tak apalah, terima kasih".

Kan itu budaya melayu, hormat orang lain, tuan rumah dan tetamu? Itu point saya dalam penulisan saya ni. Tidak sekali pun tuan rumah atau saudara-saudari non-muslim dalam penulisan saya ini memaksa saya makan atau minum sesuatu. Semua diberi pilihan.

Kembali ke Atas