Translate

Renungan Kisah 11 September


Kalau topik ini diperbincangkan, adalah amat mudah untuk terbawa-bawa oleh emosi marah sama ada jika anda seorang muslim atau seorang bukan muslim.

Tetapi jika anda membaca apa yang tertulis di atas, tidakkah anda rasa sedih untuk kedua-dua pihak? Bukan sahaja sahaja banyak kematian berlaku, malah kerana keputusan segelintir dari orang beragama ini hendak membalas dendam atau mendapat ganjaran pahala, sebuah keluarga dari agama yang sama sudah tidak lagi bebas untuk hidup seperti apa yang mereka mahukan kerana mereka juga risaukan keselamatan diri dan anak-anak apabila mahu mempraktikkan agama mereka di khayalak umum.

Jikalau anda yang beragama Islam masih tidak dapat memahami perasaan seorang ateis Melayu, inilah salah satu contoh untuk anda berfikir sejenak dan cuba bayangkan. Bayangkan anda tidak bebas untuk memakai tudung kerana takut dibuli dan diherdik orang lain. Bertambah teruk jika anda risau ada yang mahu membunuh anda kerana ingin membalas dendam atas kekejaman yang bukan anda lakukan.

Begitulah perasaan kebanyakan ateis ex-muslim. Jauh di sudut hati, kami ingin hidup seperti biasa tanpa ada ugutan bunuh, dipulaukan keluarga dan kawan-kawan serta gembira dengan pilihan hidup sendiri. Seperti keluarga muslim di atas, kebanyakan ateis tidak menganggu siapa pun untuk beribadat atau menjalani hidup dengan pilihan masing-masing.

Inilah padahnya apabila satu agama itu diikuti secara literal dan extreme. Kalau diikutkan hati saya, memang mudah untuk saya katakan yang tanpa ajaran hukum bunuh-membunuh atau ganjaran untuk membunuh orang kafir dan beragama lain yang wujud dari quran, kejadian ini tidak akan berlaku. Tetapi dalam logik kecil saya, adalah tidak mungkin untuk semua manusia di muka bumi ini untuk tidak mempercayai tuhan, dan saya tidak percaya pada utopia dalam apa-apa bentuk, sama ada utopia orang beragama seperti Islam, Kristian dan sebagainya, atau utopia falsafah seperti sosialisma, anarkisma dan sebagainya.

Jadi apa yang kita dapat belajar dari insiden 11 September ini adalah sikap fanatik dan kebencian berlebihan membawa kepada lebih lagi kebencian serta kemusnahan. Marilah sama-sama kita belajar untuk cuba bertolak-ansur dalam perbezaan kita dan memahami antara satu sama lain.

6 ulasan:

Awaken Malay berkata...

Membayangkan semua manusia meninggalkan agama dan menjadi atheist adalah satu utopia.

Membayangkan semua manusia mempunyai agama juga utopia.

Dan pada masa yang sama, untuk golongan Muslim bertolak ansur dengan golongan ateis juga adalah utopia pada masa sekarang di negara ini.

Namun kita tidak boleh berhenti mengharap. Kita perlu percaya 'kemanusiaan' akan menang, dan kebencian akan hilang dari hati masing-masing.

Pada saya biarlah kita secara individu menjadi orang yang memancarkan sikap terbuka dan positif kepada masyarakat disamping to inspire them to think outside of the box. Dan moga ia merebak keseluruh bangsa Melayu khasnya.

Tanpa Nama berkata...

Sampai sekarang saya masih keliru apa sebenarnya cerita sebenar di sebalik 9/11. Saya pernah melihat dokumentari di national geographic channel tentang perampas2 kapal terbang yang dirancang rapi oleh individu2 berketurunan arab. Walau bagaimanapun, ada juga ura-ura mengatakan semua ini adalah konspirasi dalaman US. Tambahan lagi semua ahli keluarga saya menyalahkan US kerana kononnya US mahu mencari alasan agar dapat menguasai minyak di Iraq. Saya sendiri pun masih bingung *_*

Awaken Malay berkata...

Laa.. perkara macam ni la yg kita tak nak berlaku.. *sigh

Ana N. Thous berkata...

Lupa pula nak tulis yang mengharapkan semua golongan muslim untuk bertolak ansur juga adalah utopia, haha. Tapi seperti kata Awaken Malay, kita tak boleh putus semangat. Ramai lagi ateis ex-muslim yang berasa terpencil. Baru sahaja semalam saya terdengar khabar ada saudara ex-muslim yang sudah "give up on life" :(

Ana N. Thous berkata...

Yep, sigh indeed. Tak nak lagi kejadian seperti ini untuk berlaku. Saya rasa apa yang Awaken Malayu, Melayu Freethinker dan Mulhid Melayu lakukan dengan menulis pendapat dan pengalaman sendiri, dengan sedikit sebanyak membantu dari ex-muslims Melayu untuk berasa sendirian. It definitely helped me.

Ana N. Thous berkata...

Itulah, agak malas untuk saya mendengar teori konspirasi yang walaupun kononnya mempunyai bukti, kerana ia masih tidak diterima sebagai kebenaran umum. Yang pastinya, ramai ahli keluarga dari pelbagai kaum dan warganeraga telah terkorban. Dan kita juga boleh nampak kesannya dari tragedi ini iaitu Islam telah menjadikan nama mereka makin buruk kerana segelintir yang mahukan pahala dan ganjaran dari tuhan mereka.

Itupun kalau wujudlah akhirat. Setakat in tiada bukti kukuh lagi :P

Kembali ke Atas